7 AMALAN SUNNAH KETIKA MENYAMBUT RAYA
Sebagai hadiah
kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di
bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari
yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu
wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa
pada hari tersebut.
Dalam keghairahan
menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut
lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan
dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya
memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang
lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus
kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu
sepanjang bulan Ramadhan.
Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?
Banyak fadilat atau
kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara
adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘
untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan
melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara
berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke
hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang
berkebajikan.
1. Berdoa pada malam Raya
Al-Imam Al-Syafie
Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah
di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau
berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya
pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam;
malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam
Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.
Perlu diingat juga,
kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi
melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam
tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.
2. Bertakbir
Kemeriahan Hari Raya
lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak
bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih
dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan
mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita
mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.
Ucapan takbir pada malam
Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan
Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu,
disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara,
bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam
mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: "Dan
hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan
Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Baqarah : 185)
3. Mandi sunat raya
Di pagi Hari Raya pula
disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan
Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.
4. Pakai wangian dan pakaian terbaik
Di samping itu
disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai
harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak
kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan
sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut
merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan
daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:
Maksudnya: "Bahawasanya
Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk
diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya." (Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)
5. Makan sedikit sebelum tunai solat sunat raya
Sebelum keluar pergi ke
masjid untuk menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan
makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diriwayatkan
daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: "Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya
Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan
Baginda memakannya dalam bilangan ganjil." (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
6. Saling ucap tahniah (taqabbalallah minna waminkum)
Selain itu, Hari Raya
merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan
bagi sesama muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain
dengan mengucapkan:
Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak."
Daripada Jubair bin
Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang
datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata
(maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada
setengah yang lain:
Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."
Menurut pandangan jumhur
ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara
yang disyari‘atkan di dalam Islam.
Al-Imam Al-Qalyubi
menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan
tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana
ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri
mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz
14, m.s. 100)
7. Saling ziarah menziarahi
Manakala itu pula,
amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara
terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa
diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya
termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.
Dalil yang menunjukkan pensyariatannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:
Maksudnya: "Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku, dan di sisiku ada dua orang
anak perempuan yang menyanyi dengan nyanyian Bu‘ats. Lalu Baginda
baring di atas hamparan dan memalingkan mukanya, dan kemudian Abu Bakar
masuk, lalu mengherdikku dengan berkata: "Seruling syaitan di sisi (di
tempat) Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam!" Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam menghadap kepada Abu Bakar lalu berkata: "Biarkan
mereka berdua itu." Melalui riwayat Hisyam Baginda menambah: "Wahai Abu
Bakar, masing-masing kaum ada hari rayanya, dan hari ini adalah Hari
Raya kita." (Hadits riwayat Al-Bukhari)
Al-Hafizh Ibnu Hajar
Al-‘Asqalani menerangkan di dalam kitabnya Fath Al-Baari bahawa
kedatangan atau masuknya Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu ke dalam rumah
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan seolah-olah Abu
Bakar Radhiallahu ‘anhu datang sebagai pengunjung atau penziarah selepas
masuknya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ke dalam rumah
Baginda. (Al-Fath Al-Baari, Juz 3, m.s. 116 & Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 31, m.s. 117)
Sehubungan dengan
perkara ziarah menziarahi ini, adalah ditekankan kepada orang yang pergi
berziarah supaya sentiasa komited terhadap etika ziarah yang ditetapkan
oleh Islam. Umpamanya hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum
masuk, tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu, menjaga adab
kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi, memilih
waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.
Dalam
keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sekali-kali
sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala iaitu mendirikan
sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku
perlanggaran batasan-batasan agama.
Apa yang di harapkan
daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan
atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah
mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga
kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa
Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya
Idulfiri.
Sumber asal: Pejabat Mufti Brunei
ADAB BELAJAR
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu
13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
KELEBIHAN MEMBERI SALAM
PERKARA pertama yang Nabi SAW sampaikan ketika berada di
Al-Madinah Al-Munawwarah adalah : "Wahai manusia, berikanlah salam, beri
lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia
sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera
(Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490)
Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar
secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum
warhmatullah. Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan
zuriatmu hingga ke hari Kiamat.
Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan
kemesraan yang menjadi asas kasih sayang. Sementara kasih sayang menjadi
penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.( Riwayat
Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )
Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :
Makruh memberi salam dengan ucapan “Alaikumus salam.” Rasulullah
s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, “Jangan
kamu mengatakan alaikas salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut, “Kerana
sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah
mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai.
Di dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan
sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada
sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.” (Riwayat al-Bukhari)
Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:
1. Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang
berjalan kaki.
2. Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang
sedang duduk.
3. Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan
kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
4. Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
5. Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab
salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
6. Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan
ketika keluar dari majlis.
7. Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah
yang kosong.
8. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
9. Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
10. Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun
sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”
11. Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim,
sama ada yang dikenali atau tidak.
12. Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
13. Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran
seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.
14. Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki
yang bukan mahram.
15. Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda
penghormatan semasa memberi salam.
16. Moga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini,
bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.
TANDA-TANDA MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran
atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang
sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran
ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi
mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan ama
TANDA 40
HARI
Tanda ini
juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan
mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih
ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini
wujudnya Cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7
HARI
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera
untuk makan.
TANDA 3
HARI
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara
dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas
itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika
ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya
dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1
HARI
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA
AKHIR
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian
halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada
Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya
mengingati mati itu adalah bijak. Saling berpesan-pesanlah sesama kita. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan