KURIKULUM





DARI MEJA GPK KURIKULUM
EN.MOHD HAIDER BIN AB RAHMAN


PENGURUSAN PANITIA  
Asas Penubuhan Panatia Mata Pelajaran
1
Pekeliling SPI Bil 4/986 menyatakan panitia mata pelajaran ialah
Guru-guru yang terlibat dalam mengajar mata pelajaran yang sama
Guru-guru perlu bekerjasama dan saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran
medan untuk guru-guru mencari penyelesaian masalah pembelajaran, motivasi, sikap dan tabiat belajar murid
2
Tujuan penubuhan panitia
Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Berusaha mendapat strategi mengajar yang inovatif dan yang boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran
Membaiki prestasi murid dalam peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan berpandukan strategi yang ditunjukkan dalam rancangan akedemik sekolah
Mewujudkan semangat bekerjasama di antara Panatia Mata Pelajran dengan Persatuan atau Kelab Akademik
Peranan Panatia Mata Pelajaran
1
Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru untuk kegunaan ahlinya
2
Menyediakan rancangan mengajar yang selaras untuk penggal-penggal persekolahan
3
Memilih dan mencadangkan buku teks kepada pentadbir
4
Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau buku bacaan tambahan untuk kegunaan pelajar dan guru kepada pusat sumber
5
Menyelaras ujian dan peperiksaan dan menubuhkan bank soalan
6
Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan
7
Mengadakan mesyuarat secara berkala dan pertemuan 'ad hoc' jika perlu
8.
Bertukar pengalaman
9
Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan kelab dan persatuan
10
Bekerjasama dengan panatia lain
11
Melantik setiausaha menyediakan minit
12
Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit, laporan mesyuarat, surat-menyurat dan rekod berkaitan
 
Struktur dan organisasi panitia
1
Panitia Mata Pelajaran ialah
Badan ikhtisas
Dianggotai semua guru mata pelajaran berkenaan
Dipimpin oleh guru yang dilantik oleh GB/Pengetua


Tiada ulasan:

Catat Ulasan